Program Pendidikan Pembantu Tadbir / Penyelenggara Stor TNB


Program Pendidikan Pembantu Tadbir / Penyelenggara Stor TNB

Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Pembantu Tadbir / Penyelenggara Stor. Latihan intensif dalam kelas dan latihan di tempat kerja (on job training) selama enam (6) bulan akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS), Bangi dan di stesen/jabatan TNB yang lain.



Syarat-syarat Kelayakan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya:
  • Bahasa Malaysia - Kepujian
  • Bahasa Inggeris - Kepujian
  • Matematik - Lulus
ATAU
  • Bahasa Malaysia - Kepujian
  • Bahasa Inggeris - Lulus
  • Matematik - Kepujian
  • Untuk Sijil Terbuka SPM, lulus sekurang-kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam matapelajaran yang disyaratkan seperti di atas.
  • Berusia tidak melebihi 30 tahun bagi calon lelaki dan tidak melebihi 25 tahun bagi calon perempuan pada tarikh tutup iklan
  • Pengalaman kerja di bidang pentadbiran/perkeranian/pengurusan merupakan satu kelebihan.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layarihttp://emadis.tnb.com.my 

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Tarikh Tutup Permohonan : 14 September 2012

Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

sumber iklan :  http://www.tnb.com.my

Total 1795 people found the following post helpful:
Program Pendidikan Pembantu Tadbir / Penyelenggara Stor TNB
with Average Rating 5.3 / 7