Jawatan Kosong Di PADAT


Jawatan Kosong Di PADAT Oktober 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-



1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 
2. Pembantu Setiausaha Pejabat  / Setiausaha Pejabat
3. Artis Budaya

Permohonan hendaklah menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor dengan harga RM 2.00 sekeping.

Setiap permohonan hendaklah menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan pengalaman, sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil akademik berkaitan yang telah disahkan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.
( U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia )

Tarikh tutup permohonan 8 oktober 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Read More ► ►

Jawatan Kosong Di Planetarium Negara


Jawatan Kosong Di Planetarium Negara Oktober 2012
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Planetarium Negara bagi jawatan seperti berikut :-



1. Pembantu Galeri (S27)

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my/planetarium.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pengarah
Planetarium Negara
53 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Puan Nur Fazilah bt Mohamad Hanafiah)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 01hb Oktober 2012 (Isnin).

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Ringkasan Tugas PSH:Pembantu Galeri S27
Borang Permohonan Jawatan PSH: Pembantu Galeri S27
Read More ► ►

95 Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam dibuka Untuk permohonan


95 Jawatan Dalam Perkhidmatan dibuka Untuk permohonan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :



1. Pegawai Penyelidik
2. Pegawai Sains
3. Pembantu Perhubungan Perusahaan
4. Pembantu Hal Ehwal Islam
5. Pembantu Penilaian
6. Pengajar Membalak

permohonan boleh dibuat di http://www.spa.gov.my/Portal/

tarikh tutup permohonan 7 oktober 2012

Maklumat lanjut iklan klik sini
Read More ► ►

Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Langkawi


Jawatan Kosong Di Lembaga Pembagnunan Langkawi Oktober 2012
Permohonan adalah dipelawa kepada kakitangan sedia ada di LADA samada bertaraf Tetap yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)



1. Penolong Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Pertanian

Cara Memohon

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Oktober 2012. 

Maklumat lanjut jawatan dan borang permohonan sila klik sini
Read More ► ►

Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia


Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia Oktober 2012 

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia dalam jawatan seperti berikut:



1. PEGAWAI TADBIR
2. PEGAWAI PENYELIDIK
3. AKAUNTAN
4. JURUTEKNIK
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
6. PEKERJA AWAM

CARA MEMOHON
Permohonan secara online dengan melayari laman web http://www.lgm.gov.my (Online Services/Job Vacancies)

Tarikh tutup permohonan 5 Oktober 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Read More ► ►

Permohonan Mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF 2013



KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN TAHUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.



1. NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF

2. MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

3. TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

4. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

4.1 Warganegara Malaysia.

4.2 Sihat fizikal dan mental.

4.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.

4.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

4.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

5. KEUTAMAAN

5.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.

5.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.

5.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.

5.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.

5.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

6.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

6.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.3 Calon yang diisytihar bankrap.

6.4 Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

6.5 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

6.6 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

7. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

7.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF

8. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

8.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.

8.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

8.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

8.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

8.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

8.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 OKTOBER 2012 (RABU), JAM : 11.59 MALAM

10. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045

sumebr iklan :  http://www.moe.gov.my
Read More ► ►

Iklan Pengambilan Guru J-QAF 2013



GURUN: Pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab danFardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini.



Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Januari depan.

"Ini adalah pendekatan jangka pendek yang diputuskan kerajaan untuk mengatasi kekosongan tersebut. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF.

"....kerana isu ini sering dibangkitkan di Parlimen, pendekatan ini adalah yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Keibubapaan (Menangani Isu LGBT) di NAZA Automotif di sini, hari ini.

Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan.

Mohd Puad yang juga pengerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Kekurangan Guru-Guru J-QAF berkata keputusan itu seiring dengan kehendak kementerian kerana ia berkaitan pendidikan moral pelajar.

Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka mengajar. Ini bermakna sambil mengajar mereka belajar, katanya.
Beliau berkata syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan umur tidak melebihi 37 tahun.

Seminar Keibubapaan itu dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad bersama Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya, dihadiri lebih 1,000 orang pengetua, guru besar dan ibu bapa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail yang juga pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-Sekolah Putrajaya turut membentangkan kertas kerja bertajuk 'Liberalisasi: Cabaran Masa Kini." -BERNAMA 
Read More ► ►