Jawatan Kosong Di MAIK


Jawatan Kosong Di MAIK September 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.



1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM 
2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
3. PEKERJA AWAM (PRA)

TARAF JAWATAN : KONTRAK & SAMBILAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas P1 boleh ditetapkan oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan. 

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 30HB SEPTEMBER, 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Borang permohonan jawatan sila klik sini

Total 1795 people found the following post helpful:
Jawatan Kosong Di MAIK
with Average Rating 5.3 / 7