Jawatan Kosong di Bernama

A. Jawatan Kosong di Bernama (kekosongan terbuka).



Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) adalah peneraju dan penyiar berita kepada suratkhabar, stesen stesen penyiaran, perkhidmatan wayar global dan internet. Bernama menjemput calon calon pekerja yang berwarganegara Malaysia untuk mengisi jawatan kosong seperti yang berikut:


1. Jawatan: Pegawai Tadbir (Gred N41)


Tugas utama untuk menjalankan aktiviti aktiviti dan tugas berkaitan pentadbiran, dokumentasi, pengurusan dan sebagainya serta tugas tugas lain yang selaras dengan jawatan yang dinyatakan. Kelayakan dan syarat syarat:


Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Lulus Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

2. Jawatan: Pegawai Pemasaran


Pegawai Pemasaran bertugas untuk tugas tugas memasarkan, memperkenal dan mengembangkan produk produk yang disediakan oleh Bernama dalam bidang Portal & E-Commerce. Jawatan diselia oleh Pengurus Kanan, Bahagian Portal & E-Commerce.
Kelayakan dan syarat syarat:


Mempunyai Ijazah atau Diploma yang diiktiraf

Mempunyai personaliti dan komunikasi yang baik (Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia-penting)

Berpengalaman dalam bidang pemasaran dan jualan

3. Jawatan: Editor Sambilan


Bertugas melakukan tugas tugas suntingan secara sambilan dalam kedua dua bahasa:
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kelayakan dan syarat syarat:


Mempunyai kemahiran yang fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Mempunyai pengetahuan am dan semasa yang paling terkini. Berpengalaman luas dalam bidang suntingan penulisan

Berkebolehan menghasilkan penulisan yang tepat dan bermutu tinggi

Mempunyai komitment berkerja pada sebelah petang/malam dan juga pada hujung minggu

Permohonan lengkap (Namakan jawatan kosong yand dipohon) beserta gambar dan salinan sijil-sijil hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah;


Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran

Tingkat 14, Wisma Bernama, No 28, Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur


(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga untuk jawatan yang dipohon)



B. Jawatan Kosong di Bank Negara Malaysia (kekosongan terbuka).


Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 dab adalah institusi perbankan sentral yang mengawal kadar tukaran wang, dan juga menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan isu perbankan dan kredit. BNM menjemput mereka yang mempunyai kelayakan untuk mengemukan permohonan dalam jawatan jawatan kosong seperti di bawah:


1. Jawatan: Pegawai Eksekutif Kanan


Kelayakan:


Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree) atau Ijazah Sarjana (Masters) dengan keputusan Kelas Kedua Tinggi dan ke atas

Sekurang kurangnya kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM

Berwarganegara Malaysia dan berumur 35 tahun dan ke bawah

2. Jawatan: Pegawai Eksekutif


Kelayakan:


Sekurang kurangnya mempunyai Diploma dengan keputusan Kelas Dua Tinggi dan keatas
Kredit dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dalam SPM atau SPMV
Berwarganegara Malaysia dan berumur 35 tahun dan ke bawah

3. Jawatan: Personal Assistant/Pembantu Peribadi


Kelayakan:


Berkelulusan Diploma dari institusi yang diiktiraf dalam bidang Secretarial
Science/Office Management (dengan keputusan Kelas Dua Tinggi dan keatas)

Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam SPM/SPMV

2 tahun pengalaman dalam bidang setiausaha

Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

Berwarganegara Malaysia dan berumur 35 tahun dan ke bawah

Untuk memohon, sediakan resume, cover letter, sijil SPM dan transkrip peperiksaan dan gambar saiz foto, hantarkan kepada (namakan jawatan kosong yang dipohon):


Recruitment & Scholarship Section

Human Resource Management Department

11C, Bank Negara Malaysia

Jalan Dato’ Onn

50480 Kuala Lumpur


(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga untuk jawatan yang dipohon)



Jawatan Kosong di Bernama






Total 1795 people found the following post helpful:
Jawatan Kosong di Bernama
with Average Rating 5.3 / 7