Tampilkan postingan dengan label Zakat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Zakat. Tampilkan semua postingan

Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Kedah


Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Kedah September 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.



1.Penolong Pegawai Zakat
2.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3.Penolong Pegawai Korporat
4.Pembantu Tadbir

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan (hendaklah disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar berukuran passport kepada :

DATO’ SETIAUSAHA
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR, KEDAH
(U/P: Bahagian Sumber Manusia)

Tarikh tutup 18 OKTOBER 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Selangor


Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Selangor September 2012

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang kurangnya 5 tahun dan berkelayakan bagi mengisikekosongan jawatan di bawah: 



1. WARDEN (LOKASI BERTUGAS DI DAERAH KLANG)

  • Lelaki
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
  • dengannya oleh kerajaan
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pendidikan, kebajikan
  • kemasyarakatan adalah satu kelebihan
  • Memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
  • Bersedia untuk bertugas secara bergilir-gilir (shift)

Permohonan hendaklah menghantar surat permohonan kepada Lembaga Zakat maklumat peribadi serta sekeping gambar, sijil dan dokumen yang berkaitan.

Hantar permohonan anda ke alamat berikut:

PEJABAT SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) , Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
03-55227700
Email: hr@e-zakat.com.my

Tarikh tutup permohonan pada 14 September 2012 (Jumaat)

Maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini

Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Pulau Pinang


Jawatan Kosong Di Lembaga Zakat Pulau Pinang September 2012

Zakat Pulau Pinang mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di Inapan Kasih Sayang (IKS), ZPP. Untuk makluman, IKS merupakan asrama untuk anak-anak fakir miskin. Asrama ini mempunyai seramai 90 orang pelajar darjah empat, lima dan enam dan telah dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012.

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan :-


1 WARDEN ASRAMA LELAKI
2 WARDEN ASRAMA PEREMPUAN

Maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini
Borang Permohonan sila klik sini