Home » Posts filed under Sekolah
Tampilkan postingan dengan label Sekolah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sekolah. Tampilkan semua postingan
Permohonan Mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF 2013
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN TAHUN 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.
1. NAMA PROGRAM: Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF
2. MOD LATIHAN: Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
3. TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN
4. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
4.1 Warganegara Malaysia.
4.2 Sihat fizikal dan mental.
4.3 Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2013 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
4.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut:
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
4.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
5. KEUTAMAAN
5.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas.
5.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan.
5.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
5.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara.
6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
6.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
6.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.3 Calon yang diisytihar bankrap.
6.4 Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
6.5 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
6.6 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.
7. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
7.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Khas j-QAF
8. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
8.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2012 (Rabu) jam 9.00 pagi.
8.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 26 September 2012 (Rabu) dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
8.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
8.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
8.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran dalam borang e-permohonan. Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang BERJAYA dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
8.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3 OKTOBER 2012 (RABU), JAM : 11.59 MALAM
10. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03-88841260/1230/1249/1253/1259/1280
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No Telefon : 088-236804
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan Kolej
93259 Kuching, Sarawak.
No Telefon : 082-258045
sumebr iklan : http://www.moe.gov.my
Jawatan kosong Guru Di Sekolah Sri Al Amin

Sekolah Sri Al-Amin Bangi (Cawangan Nilai) mempelawa calon-calon yang layak untuk memenuhi kekosongan jawatan sebagai:
SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI (CAWANGAN NILAI)
- GURU BAHASA MELAYU (2 KEKOSONGAN)
- GURU BAHASA INGGERIS (2 KEKOSONGAN)
- GURU MATEMATIK (2 KEKOSONGAN)
- GURU SAINS (1 KEKOSONGAN)
Kelayakan:
- Memiliki Ijazah atau Diploma yang berkaitan atau yang setara dengannya daripada universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Mempunyai syakhsiah yang baik
- Mempunyai pengalaman mengajar adalah satu kelebihan
- Tidak merokok bagi calon lelaki
- Warganegara Malaysia
SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI (CAWANGAN NILAI)
- GURU JAWI (1 KEKOSONGAN)
- GURU SYARIAH (2 KEKOSONGAN)
- GURU BAHASA ARAB (3 KEKOSONGAN)
Kelayakan:
- Memiliki STAM atau Diploma atau Ijazah yang berkaitan atau yang setara dengannya daripada institusi yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Mempunyai syakhsiah yang baik
- Mempunyai pengalaman mengajar adalah satu kelebihan
- Tidak merokok bagi calon lelaki
- Warganegara Malaysia
Calon-calon yang berminat bolehlah menghantar permohonan berserta resume selewat-lewatnya pada 31hb Oktober 2012 ke:
Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran
Sekolah Sri Al-Amin Bangi,
Lot 8796, Batu 18, Kg Sungai Tangkas,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
(u.p. : Puan Sofiah Binti Hassan)
Hanya calon yang telah disenarai pendek akan dipanggil menghadiri temuduga.
sumber iklan : http://www.alaminbangi.edu.my
Langganan:
Postingan (Atom)
