Home » Posts filed under Pembangunan
Tampilkan postingan dengan label Pembangunan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pembangunan. Tampilkan semua postingan
Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Langkawi

1. Penolong Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Pertanian
Cara Memohon
Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.
Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Oktober 2012.
Maklumat lanjut jawatan dan borang permohonan sila klik sini
Jawatan Kosong Di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
1. PEKERJA AWAM GRED R1
Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.
Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 September 2012
maklumat lanjut jawatan sila klik sini
borang permohonan sila klik sini
Jawatan Kosong Di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut :
1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran atau secara online dari laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Tingkat 15-19 & 27, Menara Dato’ Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra
No. 45, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(U.P.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)
Tarikh tutup permohonan : 20 September 2012
Maklumat lanjut jawatan sila klik sini
Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Info Kerjaya : Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Syarat Lantikan:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- [ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
- lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas
Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:
BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN
Seksyen A - Pengetahuan AmSeksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris
Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.
Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Contoh soalan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat Sila klik sini
Langganan:
Postingan (Atom)